Pes Kiub Kering
Pes kiub kering RASA SURI diadun dengan sangat teliti sesuai untuk pengamal ‘vegetarian’ dan halal.
RASA SURI juga mematuhi GMP & HACCP bagi memenuhi keperluan eksport dan demi menjaga kualiti bagi membolehkan pengguna menikmati
RASA SURI tanpa was-was! Juga sijil halal daripada JAKIM.
Masak Lemak Cili Api
Lauk Masak Lemak Cili Api ataupun dipanggil Lomak Cili Api oleh orang-orang dari negeri asalnya iaitu Negeri Sembilan ini sangat ‘legend’. Siapalah yang tak tergoda dengan warna lauk kuning diraja ni. Tak perlu lagi tumbuk cili api dan bawang. Masukkan pes kiub Masak Lemak Cili Api RASA SURI, tambah santan dan ayam, daging, ikan ataupun ‘seafood’ ketuk serai, sekeping dua asam keping serta garam secukup rasa. Siap dinikmati bersama keluarga tercinta! Mudahkan dengan adanya RASA SURI.
Gulai Kawah
Nama Gulai Kawah diberi kerana pada asalnya ia dimasak di dalam kawah untuk majlis kenduri. Rahsia keenakan gulai kawah adalah pada rempahnya, bukan kawahnya. Pes kiub Gulai Kawah RASA SURI diadun mengikut resepi tradisi bagi membolehkan juadah ini dinikmati bersama keluarga di rumah. Tak perlu guna kawah, masak dengan periuk pun boleh. Hanya perlu tambah santan dan daging. Dengan pes kiub Gulai kawah RASA SURI, segalanya lebih mudah!
Sup Berempah
Rahsia sup yang sedap adalah pada campuran bahan-bahan serta rempah-ratus dan segalanya ada dalam pes kiub Sup Berempah RASA SURI. Dah tak perlu fikir panjang, hanya perlu masukkan satu pes kiub Sup Berempah RASA SURI dan ditambah ayam atau daging, sedikit kentang, tunggu sehingga semuanya empuk, siap untuk dihidang. Dengan pes kiub Sup Berempah RASA SURI, semuanya mudah!
Sambal Tumis
Sambal tumis adalah antara lauk kesukaan rakyat Malaysia kerana ia sangat serba boleh. Hanya perlu tumis pes kiub Sambal Tumis RASA SURI dan masukkan ikan, ayam, daging atau ‘seafood’. Boleh dinikmati bersama nasi panas atau roti pada bila-bila masa.
Masak Itam
Masak Itam antara lauk paling sukar disediakan, malah tak ramai yang tau resipinya. Jangan risau! Dengan pes kiub RASA SURI, semua boleh jadi chef hebat di dapur. Lepas ni boleh lah jamu hidangan nasi minyak dengan daging masak itam buat tetamu sebab pes kiub Masak Itam RASA SURI ada.
Kari Kapitan
Kari Kapitan adalah hidangan warisan dari masyarakat Peranakan. Kari Kapitan lebih lemak dan pekat serta kaya dengan rempah ratus berbanding dengan kari biasa. Rahsia keenakan kari kapitan adalah pada campuran bahan-bahan serta rempah-ratus yang betul dan segalanya ada di dalam pes kiub Kari Kapitan RASA SURI.
Masak Merah
Kata orang, Masak Merah ni lauk istimewa. Biasanya dihidang di majlis kenduri ataupun di hari raya, dinikmati bersama nasi minyak, nasi beriani dan nasi wangi. Dengan pes kiub Masak Merah RASA SURI, kita boleh menikmati masak merah bila-bila masa. Tak perlu tunggu kenduri atau hari raya.
Dakgangjeong
Tak perlu lagi ke Korea kerana serbuk sachet Dakgangjeong RASA SURI ada! Masam, manis dan pedas secukup rasa! Hanya perlu tambah ketulan ayam goreng rangup dan garing dah cukup untuk buat kita ‘feeling’ Korea walaupun di rumah sendiri.
Buttermilk
Tak susah melayan selera anak-anak dengan serbuk sachet RASA SURI. Hanya perlukan satu sachet 10gm serbuk Buttermilk RASA SURI dan tempoh memasak yang cepat dan mudah. Tambah daun kari dan ketulan ayam goreng ke dalam masakan. Hidang dengan nasi panas-panas. Lemak, berkrim menawan selera dan disukai ramai. Anak-anak pasti suka!